Saturday, July 26, 2008

KAEDFEST 2008

EVERYTHING MAKE ARE JUST FOR U!!

By: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com/

KAEDFEST 2008
just in corner!!! Free urself, relax ur mind, enjoy urself at our KAEDfest this year. Lots of activities planned just for u!! Began this 28th July till 3rd August 2008.

Date : 28th - 3rd August 2008 (climaks are on 2-3rd August)

Venue : Kulliyah of Architecture & Environmental Design (KAED), IIUM Gombak

Events : Exhibition, Lomography, Car Wash Sale, KAED Stage Performances, Lattern Design, Drawing & Colouring Competition, Kite Festival, Campus Walkathon, Xtreme Games, 3D Arena LAN, Stalls, Pandora's Box (Umah hantu ala KAED), Charity Activities & Blood Donation etc

Target grp : IIUM students, other Uni. students, staffs, public & outsiders.
Open : Adults & Kids

So, just come with us, bring ur family and kids..enjoy ur weekend holidays with us.!!

Among activities planned 4 u:

Grab opportunity to green the campus & our earth!!



Bring ur kids. Enjoy ur weekend with the art making by ur kids!!



Show ur talents in taking quality photographs and send to us!! Great prizes waiting for u!!

Friday, July 18, 2008

Abang berjihad di Aussie

Bergambar beramai-ramai b4 diorg nek plane.


Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com/


Tanggal 12 Julai 2008 yag lepas, abang & k.sheeda (k.ipaq den yang sulung), terbang ke Perth, Australia. Perginya diorang sebab k.sheeda sambung belajar dalam bidang Anatomi untuk express Sarjana & PhD di University of Western Australia (UWA). So, abang pun ikut jugak, atas sebab suami & mahram yang terdekat. Pergi diorg bukan berdua, tapi bertiga!! Sorang lagi mujahid saghir (kecil) dlm kandungan. Tak sempat saya nak tgk anak buah sulung!!

Xpe la ye sayang, kita bertemu jua nanti. Nanti auntie Tim pi ziarah kat Perth. Auntie tim?? Xkan makcik Timah ke?? Haa..apa gelaran ek?? Mak Ngah?? Mak Lang?? haaa..pape lah!!

Alhamdulillah, pukul 8.30pm 13hb Julai tu (esok nyer), abg bagi mesej diorg dah selamat sampai Perth. Degree 14 darjah Celcius & akan jadi lebih sejuk lagi nanti kot. Oleh sbb saya activate campus zone & activate no abg as active5, turun msj pun 1sen jer.. (eh!! Apa kaitan plak ni??à shori…shori)

Moga abg & k.sheeda sihat slalu & bertabah berjihad ilmu, medan Dakwah Tarbiyah di bumi Perth sana. Allah bagi peluang wat kalian menjadi daie di sana. Salam sayang & rindu wat abg & k.sheeda.

P/s: so far sejak di Matrik Pj smpi 3rd year Uiam Gombak, abg slalu ada kat sebelah. Tetibe 4th year dh xde. kui..kui..xpe tim, chayou-chayou!!!


These among the pictures taken in KLIA before they depart to Perth, Australia:


Berposing ngn k.sheeda bersama mak & sahibah2 Medik.

Abg terima pesanan lagi dari ayah mertua.

Ecah malu-malu salam kakak nyer. It's will ur time fly to India!! sabar skeet Ecah!!


K.sheeda bersama sahibah medik dia, k.diana.

Langkah Itu Tetibe Payah

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com

Assalamualaikum warahmatullah..

- 7 JULAI 2008 –

Majoriti IPTA dalam negara memulakan Semester baru. Yang dari SPM & matrik masuk ke kampus2, yg 1st year meningkat senior 2nd year, 2nd year jadi 3rd year, 3rd year jadi 4th year, yg 4th year kini fokus kerjaya sendiri dan sebagainya.

Saya pun. Skrg dah final year. Tapi final year Semester1. Grad tu insya-Allah sem2 nanti, kalu xde aral melintang pape. Doakan mg lancar semua nyer.

1st day, boleh kata semua students ‘U’ ni ada azam baru, set target baru, add subjek baru, repeat subjek yg lepas mn yang terkantoi & seribu ragam kan?? Pendek katanyer ‘BZ’ la kan?

Saya?? 1st day sem ni mmm kata ‘CAM BZ LA JGK, tapi bleh gak kata ‘LEPAK TU PUN ADA JGK’. Ni la 1st time sem baru, XDE STUDIO!!. Almaklum laa, kos saya ‘Urban Planning’ ni 4th year dh xde studio. Studio ktorg sampai 3th year je. Yg cam budak archi, 4th & 5th year ada studio lagi. So cam lepak la jgk. Hari 1st tu, saya siap lepak kat bilik kawan di Mahallah Asiah tgk One Tree Hill kot!! Dh nak dekat buka puasa (time tu 2nd day puasa sunat Rejab) baru balik ke Mahallah Safiyah yg saya cintai. Berbuka ngn yong tau fuu jer.. Alhamdulillah, kenyang laa..budget aritu RM3 jer kuar. Ok, skeet spend makan utk aritu.

Kalu nak kata BZ, ada la jgk. Risau saya ngn 1 lagi subjek yg xdapat2 nak add. Clash laa plak!!. Nk ikut credit hour, mmg sy tinggal 8 subjek lagi utk thn akhir ni. 4 sem ni, 4 lagi sem dpn. Alhamdulillah Allah mudahkan. Fuuu..lega rasa hati bila tgk byk dh subjek yg dh complete. Dah lengkap 125CH dari 145CH yg wajib abiskan. So tinggal la lagi 20CH lagi utk thn akhir ni. So, tu laa ‘KeBZian’ ari 1st..ngn subjek yg xdpt add.


- 8 JULAI 2008 –

2nd day, laa..kne tukar topic utk Projek Paper saya!. Antor nyer Jumaat ni!! Mn nak siap?? Bleh ke?? Sempat ke?? Aiceh!! Biar betik ni?? 4 ari jer nak wat?? Kang ckp lebih2, silap aribulan mahu lecturer Supervisor saya tu rejek saya plak. Dari nak wat topic pasal Urban Design tata- bandar, tukar ke ‘Keberkesanan MURNInet’. Slalu dgr sal MURNInet, tapi sbnarnyer xnah pun tahu detail nyer apa. Ok-ok nak pi surfe intenet kat Lab KAED, cari bahan.

12.30 T/hari

Topup akaun printing & slamat print sume bahan berkenaan MURNInet. Alhamdulillah. Atleast dpt laa skeet-skeet kot background sal topic ni.

9.15 Malam

“Panggilan ke meeting. Smua HEADCOM + ASS.HEADCOM KAEDFEST. Kedatangan adalah DIWAJIBKAN!!”

Aiceh!! Kacau lagi timing saya. Baru baca 1 artikel sal MURNInet. Buat proposal nyer x lagi.

So, saya pun pi la meeting yg 1st time utk sekelian kali nya. Muka-muka junior 2nd, 3rd year department lain yg saya x kenai. Tp ramainyer budak2 QS dan ARCHI. Ok la. saya pun present laa proposal yg ada kat tgn. Tapi alih2 Hazwan ckp (apa post dia??..lupa plak!!)

“Tim, ko tau tak..event ko tu COMBINE ngn event Exhibition. So, dari 6 events bwh ko, tmbh lagi 9 events lain dlm exhibition.”

Mak aih!! Jadik 15 kot!! Byk seh!! Biar betik ni!! Tetibe saya pikir “proposal projek paper aku!!”, “program trip oversea aku”, lagi program IMPIAN studio aku” + ni plak!! 16?? Nak letak mn??

Kelam-kabut dh saya. Leh kata muka mmg bluur abis! Sesape yg mmg kenai saya, rasa nyer korang mmg leh bayang kot muka BLUURRR saya mcm mn time tu..tmbh gigit jari skejap! Mmm..tetibe nyesal plak trima invitation jadik HEAD EVENT!!! Haaaa…mak!! Nak balik Perlis!!! Ngn saya final year, projek paper?? + ni lagi, yg tu lagi?? …????

X abis takat tu je. Siap ada dateline.

Antor detail layout sume 15 events + bajet – 14/7

Proposal Poster event – 15/7

Detail brg2 utk Prep&Tech – 16/7

Nak tmbh yg lain-lain x berkaitan…

Briefing PENTING projek paper – 10/7

Submit Projek Paper (yg kala ni br siap Problem Statement) – 11/7

Abg & k.ipaq fly oversea – 12/7

Berderet-deret!! Hoooit..ingatkan cm leh relax skeet kot final year ni. Mmm..mgkin jadik byk sbb tetibe saya join committee KAEDFEST (kulliyah festival) ni kot?? Mmm…xpe, kang dh abis KAEDFEST lega laa kot. Tp menuju ke KAEDFEST tu..sengsara laa kejap!!


- BIASA LA KAN, STUDENT!!-

Ayat ni cam slalu jer dgr kan?? “Standard laa nama pun student!!” . Betul la tu. Cuma nak ingatkan diri saya sendri & mengajak kwn2 lain jgk..Cuma kita sendri la kne pandai2 set-susun-atur hidup kita kan?. Tu xmasuk lagi planning2 diri yg lain.

Planning utk pengisian jiwa, peningkatan self-concept diri sendiri. Tolak campur ngn akademik, darab bahagi plak ngn tuntutan puasa & terawih nanti. Lagi nak kuasa-dua ngn timing balik umah lagi ..petrol naik, tiket bas pun naik!!. Tetibe terpikir nak wat perangai nak raya puasa je kat UIA. TAPI…mak nak pi umrah-raya kat sana. Abg pi oversea dh time raya tu. Adik 2 org pi program ke Sabah time raya Aidilfitri tu nanti. Mmg jadik WAJIB kne balik jgk la kan. Mmm..kena pikir nak bagi duit raya on behalf of abg kat adik2 yg 3 org yang kecik tu.


- Arini 9 JULAI 2008 –

Celah-celah sibuk siapkan proposal projek paper, set jgk plan strategi utk tingkatkan amalan diri. Masuk dalam list utk azam final year ni:

I.Naikkan CGPA

II.Puasa sunat nak pastikan plg busuk dpt 10 ari / month.

III.Nk usahakan x tinggalkan Solat Dhuhaa.

IV.Nak konsistenkan Bacaan AQ - 1 kali / day plg kurang.

V.Lagi nak amalkan smula Al-Mathurat yg dh lama tinggal.

VI.Nak maintain attendance Halaqat.

VII.Nak sertai smula Kuliyah Tazkiatun Nafs Ustaz Azman yg dh lama tinggal jgk.

VIII.Nak jadikan ziarah sahibah amalan wajib sem ni. Paling kurang sume bilik2 sahibah di Mahallah Safiyah MESTI diziarahi.


Tu x masuk lagi ngn x nak missed lagi program2 ‘Kian Mekar’, ifthar sesame sahibah di Masjid UIA, lg nak jaga jgk bacaan buku2 novel Islami yg saya makin suka. Buku “Panglima Khalid Al-Walid” pun br suku saya baca. Mn lagi nak pantau progm KAEDFEST, update account CST utk trip oversea studio, passport x wat lagi & nak update blog2 ngn post yg best-best. Belajar tu lagi 1 kewajipan yg aula.

Tapi dalam celah2 tu pun, nak jgk dalam hati ni ikuti perkembangan manga + anime released “One Piece” dan “Bleach”. Volume Bleach 179 tak download lagi. Anime 1pis epi 360 pun xdpt lagi. Dwload kat 1pisHQ lambat sgt. Kat vegapunk xreti la plak. Veoh.com skrg dh xde. Nak masuk LimeWire, tak install la plak. Heehee.. =p


- PENDEK KATA -

Sume benda nak buat. Sume nak pulun, sume nak amek. Sume jgk nk dapat yg terBEST, terBAIK, ter…ter.. dan ter.. mmg camgitu kan kita manusia ni. Kan?? Kan?? Kalu penyampaian murabbi-murabbi kat MATRI dulu:

“nak amek Islam xleh juz’ie-juz’ie (separuh2), nak kena amek Kulli (semua & seluruh)”.

Tapi saya, akademik pun nak, yg usrah, D&T nak jgk jaga (walaupun thn 2 & thn 3 di UIA cm bengong skeet..byk x ikut, missed bus lagi), dlm pada tu yg ‘jiwa-jiwa nakal remaja’ macam anime, manga, drama2 jepun sume ni nak jgk tgk..insya-Allah pelan-pelan didik hati.

~Gambatte Kudasai TIM!!!~
~Chayou-chayou TIM!!~

Wednesday, July 9, 2008

Ihtifal IBNU KAATHIR meriah

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com/


Minggu 1st Julai, 2 hari before enter new semester UIA, ada ihtifal (hari terbuka a.k.a hari kantin) Sekolah Rendah Ibnu Kathir, Kampung Changkat. Program ni diadakan di Dewan MPS Taman Gombak. Program ni untuk meraikan kecemerlangan anak-anak didiknya yang berjaya ke peringkat lebih tinggi. Ia juga untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan bangunan tambahan sekolah.

Alhamdulillah, ada team Medical dari sahabat-sahibah Medic kita & team Hospital Barakah. Meriah dengan kehadiran adik-adik dari Sek.Men Ibnu Khaldun, persembahan dari adik-adik Ibnu Kaathir & forum yang dihadiri oleh tiga orang ahli panel; Y.B Dato’ Dr. Hassan Mohamad Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor), Dr. Azizan Ahmad (Setiausaha Agung HALUAN Malaysia) & Dr. Ugi Suharto (Ass. Professor Kuliyyah of Economics, UIAM). Tajuk forum yang berkisar mengenai “Halatuju Pendidikan Islam di Malaysia; Peluang & Cabaran” berjaya mengupas persoalan kegelisahan ibubapa terhadap pendidikan & pembesaran anak-anak di zaman mencabar sekarang.

Di bawah adalah sekitar gambar hari Ihtifal Ibnu Kaathir:











Friday, July 4, 2008

Mahligai Darul Ulum

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com

Bicara hari itu…
Kita bisa menamatkan sandiwara durja
Kita mampu menongkah kesumat di dada
Kononnya kita punya kreadibiliti
Punya matlamat dan identiti

Tapi hari ini…
Kita masih rakus menentang ideologi
Masih bongkak menegakkan kehebatan diri
Kononnya kita punya personaliti
Punya imej dan digniti
Masing-masing mahu difahami
Tapi tiada sekali mengerti
Untuk memahami…
Masing-masing ingin dipersetujui
Namun tak mahu menyapa
Erti dedikasi
Kita bukan insan yang agung berbicara

Tapi kata-kata itu…
Kadangkala disanjung kerna
Terbukti pada amalnya
Apakah kita masih beradu?
Masih melayari fantasi nafsu?
Mahligai Darul Ulum yang kita bina
Mendukung bahtera Islam yang kita cinta
Mutiara dipagar mata
Yang rindu pada ketulusan kasih setia
Insan-insan yang bergelar saudara
Yang merayu pada empunya jasad yang percaya
Bahawa kita bisa berjuang bersama

Nukilan;
Sahibah darul ulum
9 Jun 2001


Nukilan ini adalah hasil seorang sahibah Darul Ulum sedikit masa dulu. Kenangan yang terikat di antara sahibah-sahibah kelas sains 1st batch MATRI. Ia di-revealed-kan semula hari ini bukanlah bertujuan untuk mengungkit apa-apa, sekadar terdetik sedikit memori manis yang pernah wujud di antara kami.

Detik di zaman keanakan yang menginjak ke usia remaja. Bersama sahabat-sahabat kelas 1st sains matri yang sedikit masa dulu kami rasakan banyak membuli sahibah-sahibah yg hanya 9 kerat cuma. pernah menyebabkan guru-guru sains dalam dilemma utk merungkaikan kemelut perbalahan ‘keanakan’ di kalangan sahabat & sahibah kelas sains ini.

Mendapat perhatian sekolah, guru-guru & sedikit tumpuan dari adik-adik matri ketika itu..

Namun, kini hampir setengah dekad berlalu, Alhamdulillah mula menampakkan hasilnya. kumpulan perintis itu melahirkan bakal-bakal doktor, arkitek, pendidik jurusan kimia & biologi, jurutera-jurutera, ahli ekonomi malahan bakal ustaz dan akademik & tak ketinggalan jua ahli-ahli kesihatan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Di tengah-tengah kemelut, terbina jua masjid indah di kalangan perintis ini. Ada jua yang berkira-kira & telah mengikat janji.

Secebis harapan cuma, jiwa-jiwa perintis ini terus subur di hatinya dengan gemerlapan cahaya iman, terus mendukung bahtera islam yang kita cinta & mencorak cahaya keimanan di bumi tempatnya berpijak.

Ku doakan kalian sentiasa dalam Rahmah-Nya di mana jua kalian berada:

1. Ali Irfan Jamaludin
2. Ali Ilman Abdullah Sudin
3. Ali Zainal Abidin Nordin
4. Ahmad Shamil Abdul Akif
5. Amru Irfan Mustapa Kamil
6. Aqil Ahmad Yusuf
7. Ismail Najmuddin Abd. Hadi
8. Mohd. Fadhli Md. Diah
9. Mohd. Hafizuddin Mohd Shukri
10. Mohd. Hanif Amran
11. Mohd. Ikram Rosdi
12. Mohd. Yusuf Subhi Ibrahim
13. Muhd. Nu’man Yusuf
14. Muhd. Nu’iam Ishak
15. Mohd. Wakeel Mohd. Nor
16. Mursyidul Alam Huzaidi
17. Fatimah Misran
18. Fatimah Mohamad Adi
19. Fatimah Mohamed Badri
20. Maryam Jamilah Abral
21. Nik Nadiah Nik Ramli
22. Nurul ‘Izzah Rosli
23. Nusaibah Wahidah Md. Yamin
24. Siti Syuhadah Mohd Kamal
25. Subhiyah Mohd Khir