Sunday, June 29, 2008

Memories IGP...

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com

Berakhir sudah sebuah lagi plot dalam perjalanan sebuah kehidupan. Latihan amali atau lebih fames nyer 'Practical Training'. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah dgn Rahmah dan kasih sayangNya dapat selesai dgn cemerlang.


Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat staffs IGP -> Integrated Geoplanning Consulting di Wangsa Melawati atas layanan & tunjuk ajar bermanfaat sepanjang praktikal saya di situ. Semoga jalinan ukhwah yg terbina ini dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.


Terima kasih byk2 buat IGP's Staffs. Jasamu ku kenang ~huhu~


Gambar:

DUDUK DARI KIRI=
SAYA, Big Boss; En.Zaini Nordin, En.Shah & Ayumi (prektikal UTM)


BERDIRI DARI KIRI=
K.Sapinah, En.Kamarul, En.Adi, En.Nasri, En.Maza & K.Nasreen


TIADA DLM GMBR=
K.Hayati, Fauzan & Muklif

Monday, June 23, 2008

Salahkah wanita kalu x pandai masak??

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
Sumber: www.iluvislam.com/forum

Assalamualaikum, ni artikel yg saya rasa best utk sesama dikongsikan utk semua pembaca. Fikir-fikir kan laa ye..mmm??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab:

"tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal".


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

MMM SO APA PANDANGAN KWN2 SMUA??

kalu saya pun mmg rasa cmgitu. antara syarat pun mmg ada:
1. leh jadik imam dlm keluarga
2. dtg dari yang sekufu fikrah & agamanya
3. dan ******** xpikir lagi

Rujukan: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1059

Sunday, June 22, 2008

Kenangan Terindah

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://www.ummitariq.blogspot.com/

Meniti usia-usia kehidupan anugerah Allah menyingkap jutaan detik bernilai dalam hidup seorang insan. Sama ada menjadi pemerhati mahupun mengalaminya sendiri. Kita membesar indah dalam taman larangan ayahanda dan bonda, seawal pandai mengulum jari sehingga berlari getik. Menyelusuri zaman kanak-kanak, menjengah awal remaja, malah kini menuju awal dewasa. Sentiasa menjadi karangan jantung ayahanda dan buah hati penyejuk mata bonda. Lagi indah dididik dengan resepi-resepi suci ajaran Ilahi.

Satu demi satu kejayaan ditempah, perlahan-lahan melerai juntaian masalah, dalam lipatan hikmah teragung Ilahi. Selangkah demi selangkah mengumpul kenangan-kenangan terindah demi sebuah rahsia kehidupan.

Bergembiralah buat mereka yang berjaya mengharungi kesusahan. Buat merangkul ijazah kemenangan Tuhan. Sungguh, kita masih di permulaan. Perjalanan yang Hakiki masih jauh ke hadapan. Bergantung dan berharaplah hanya pada Rahmah-Nya.

Salam sayang buat akak-akak yang dirindui :

-Mashitah Aminah Turahim
-Siti Fatimahtul Husna
-Hasanah Ahmad Bahari
-Zunairah Megat Saidi
-Shakirah Uzir
-Nazihah Jaafar
-Qamariah Jusoh
-Azah Suhana
-Saidatul Akmam
-Khairunnisa
-Azhani Azmi
-Nabilah MEDIK

Ucapan selamat buat mereka yang mengikat ikrar menyempurnakan Agamanya. Bersama-sama untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka yang berusaha membina generasi ummah. Mendamaikan kehidupan duniawi dengan Rahmah Allah. Didoakan dgn selawat penduduk langit. Menuju Baitul Muslim, Baitul Dak’wah, Baitul Jannah.

Doa selawat & bahagia ku tujukan buat “Puan-puan” :

-Arofah Zaharah Vithiah Punusamy & Suami
-Nusaibah Wahidah Md. Yamin & Suami
-Siti Rahmadiah Mohd Nasir & Suami
-Siti Salmi Jusoh & Suami
-Shakirah Uzir & Suami

Tahniah buat wanita pejuang keturunan Adam. Mengeluarkan benih suci dari rahim ibu yang mulia. Mengasuh rijal-rijal agama buat ummah. Gelaran ummi disandang dengan cucuran syukur untuk-Nya & doa buat permata hatinya. Hanya Allah tempat pulangannya segala Nikmat-Nya.

Ummi-ku sayang :

-Ummul Habibah Mohd Nasir
-Azzah Salimi Mohd Nasir
-Wan Dalila Wan Chik
-Mariyah Ishak
-Amirah Mohd Zain
-dan Hasanat

Yang kian berdebar menghitung detik & bergelar ummi :

-Nor Deena Yacob

Salam perkenalan buat buah hati manis, masa mu membesar kuat rijal-rijal saghir-ku:

-Amru Al-Aas B. Ahmad Yusri
-Ahmad Mukhlis Al-Husaini B. Ahmad Yusri
-‘Ammar Yaasir B. Hafiz Anuar
-Saffiyyah Maisarah Bt. Muhammad Fakhrur Razi
-Umar Fatih B. Muhd Ridha
-‘Abdullah Amin B. Nur Muhammad
-Balqis Nafisa

Mereka yang masih perawan, bersabarlah menunggu giliranmu. Yakinlah dengan janji Allah ke atas mu. Mekarlah di dalam Taman Islami. Engkau-lah kuntum-kuntum indah di taman larangan. Moga harumannya mampu menyerakkan bumi.

~Buat semua sahibah yang tersayang dan amat ku kasihi, jazakillah khair atas keprihatinan dan kesetiaan dalam sama-sama mengharungi kehidupan remaja ku. Moga kalian dirahmati Allah di mana jua kalian berada. Doakan moga kita dibangkitkan bersama di Negeri Abadi. Janji Allah itu pasti bagi pemuda-pemudi yang berkasih-sayang semata-mata hanya kerana-Nya.~

~Uhibbukum jiddan lillahi~

Tuesday, June 17, 2008

Karya Arwa

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://ummitariq.blogspot.com/

Ini merupakan karya adik saya yang dihasilkan bersama bantuan mak untuk jualan bagi Ekspo 2 Dekad Matri yang lepas. Time tu saya balik rumah setelah 3 bulan xbalik untuk semester lepas. Itupun balik dlm kekalutan dgn practical training di KL yang x abis lagi.

Time saya sampai Matri pun, dh pagi sabtu 24Mei tu. Mak xckp pape. Mak bz ngn jualan di Gerai Matri dari HELWA.

Mak cuma ckp;

tlg-tlg laa jual & promote beg kraf buatan tangan mak tu!! Sesekali tgk-tgkkan ganti makcik-makcik ngn k.bah (kakak saya) untuk ganti jaga gerai”.

Walaupun hakikatnya kekadang saya lesap jgk ngn kwn-kwn yang dari jauh datang.

Pendek kata, lepas abis semua program dan jualan gerai Ekspo Matri, malam tu mak saya kira keuntungan hasil dari jualan beg kraf mak, kerepek2 yang mak bungkuskan dan inilah hasil kraf yang dibuat oleh adik 2nd last saya; Arwa. Alhamdulillah, kata mak byk gak yang dapat.

“Adalah skeet simpanan untuk trip-oversea kamu semester depan!!”.

Barulah mak buka mulut dgn kisah karya adik saya ni.Mula-mula saya tgk kraf adik yg di atas (ada byk lagi pattern & design lain), 1st lintasan yang hadir dalam hati saya;

“sempoi mcmni, biar betik nak jual!!”.

Tapi mak kata;

“timah, benda ni byk gak yang laku!! Dari 60 keping, 27 keping laku. Dah dapat RM27 kat situ. Hari 1st, adik kamu Arwa pi jual kat kwn2 dia. Bawak ke gerai-gerai pi promote!!”

Subhanallah dan Astaghfirullahal ‘azim!!! Tu yang saya rasa kat adik saya. Lintasan saya yg mula-mula tadi terhapus lumat, diganti dgn rasa kagum ngn semangat juang adik walaupun kecik lagi..adik saya tu baru 11 tahun. Nak lawan ngn saya yg dh 23 tahun, yang kononnya blajar field Architecture, Planning laa…dulu ada wat design la..x terbuat pun saya pape hasil untuk dijual di Ekspo Matri untuk modal menampung perbelanjaan untuk Trip-oversea final year saya semester depan.

Terkesan sungguh di hati saya. Kuatnya dan hebatnya adik saya dari saya!!! Lebih jihadnya membantu mak sejak dari persiapan buat bookmarks tu dari saya yang balik lewat, xbuat papepun, dan pulak pun kekdg sempat lagi ngelat xnak jaga gerai jualan.

Malam tu jgk saya kata kat mak, saya nak amek 3-4 keping untuk simpanan sendiri. Saya nak simpan hasil karya adik yang benar-benar buat saya rasa hebat kat adik saya ini; Arwa Mohamad Adi. Saya simpan dlm Quran kegemaran saya. Saya lekat di pintu loker di bilik saya di UIA. Setiapkali nak baca Quran & buka almari baju, saya nampak bookmarks ni, saya terkedu sendiri..

~Kekadang benda atau hal kecik, menyentuh hati dan perbetulkan balik arah hati kita. Hakikatnya ia adalah teguran Allah untuk kita, especiallynyer saya la time tu~

Thariq bin Ziyad :Panglima Penakluk Andalusia

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://www.ummitariq.blogspot.com/

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Hari ni saya akan kisahkan sirah Tariq bin Ziyad, panglima Islam yang paling saya minati antara ribuan kerlipan bintang dalam lipatan sejarah Islam dan tamadun dunia. Seingat saya, saya mula mengenali tokoh ini sejak saya baca majalah ’Ana Muslim’ edisi time saya darjah 3 (1994). Dengan ilustrasi kartun dan gaya bahasa yang ringkas, saya faham sikit-sikit tentang kehebatan Tariq dlm usahanya membuka taklukan Islam di Andalusia.

Sejak detik itu segala nama samaran, emel, catatan penting@ contengan di buku-buku sekolah smua saya gunakan nama tariq. Malahan saya suka tambahkan kata ’ummi’ di hadapan ’tariq’ menjadikannya ’ummi-tariq’. Sukanya saya hingga saya berazam & berhajat mempunyai anak yang bakal dinamakan Tariq. Bagi sahibah-sahibah yg dh lama biasa dgn saya mcm zaneerah, aswasimah, fatimah misran & adik2; jadirah serta khubaib tahu kaitan ini dgn saya.

Sedari kecik smpi skrg, saya suka browse cite2 psl Tariq utk topup info saya psl beliau. Takut ada version lain yg x saya ketahui.Insya-Allah hari ni sy kisahkan sirah Tariq bin Ziyad.

AL-KISAH:-

i. SIAPAKAH TARIQ BIN ZIYAD?

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman Khilafah Ar-Rasyidin.

ii. BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA

Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.

Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

iii. PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA

Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, yaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kpd Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.
Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,

”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

“Tatkala Tariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

Bulatan merah merupkan tempat bukit karang Thariq berucap.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.

iv. SELEPAS PENAKLUKAN ISLAM KE ATAS SEPANYOL

Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku & akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk mengalahkan tentera Nasrani.

Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.

Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:

“Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.

Seorang penulis Kristian terkenal menulis:

“Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”

Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lainnya. Saat merencanakan penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Thariq wafat di sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya dan menerima ruh Thariq bin Ziyad ini.

Dataran yang menghadap puncak bukit karang, kini dipenuhi kawasan perumahan. Dibina semula mggunakan sketch-up softwares oleh artist Barat. Beginikah pemandangan yang dilihat Thariq?

Di perairan inilah dikerahkan Thariq kepada tentera Muslimin agar membakar kesemua kapal-kapal pasukan Islam. mmm..mcmne ye kalu kita bleh imagine??

Latest satellite image yang menunjukkan pembangunan pesat di Sepanyol skrg. Cuma sayang, kota yang satu ketika dulu penuh ngn kerlipan tamadun Islam kini dijajah semula oleh musuh Allah.

Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol. Anda bleh imagine ngn keluasan muka buminya yang berbukit-bakau ini?

Rujukan: Gambar-gambar lain model dirujuk dari http://www.discovergibraltar.com/mainlogo/mainfrm.htm

*terima kasih utk En.Shah dari IGP consulting utk browse website ini*

Sumber lain:

1.http://kisahislam.wordpress.com/2007/05/28/tariq-bin-ziyad-mengukir-karang-dengan-
namanya/

2.http://tovan.wordpress.com/2006/04/28/panglima-penakluk-spanyol/#more-58

3.From: Charles F. Horne, ed., The Sacred Books and Early Literature of the East(New York: Parke, Austin, & Lipscomb, 1917), Vol. VI: Medieval Arabia, pp. 241-242. Scanned by Jerome S. Arkenberg, Cal. State Fullerton. The text has been modernized by Prof. Arkenberg.

4.http://amirsaleem.wordpress.com/2005/02/10/tariq-ibn-ziyad/

5.KISAH PARA PENAKLUK: Kisah Para Panglima Perang Muslim Menaklukkan Dunia.
Oleh:Abdul Mun'im al-Hasyimi

*Dioleh semula oleh UMMITARIQ

Kisah Rib’i bin ‘Amir Ats-Tsaqafi

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://www.ummitariq.blogspot.com/
Sumber: Ayahanda Rosdi Baharom

Ni 1 sirah yg nak sgt2 saya share ngn kawan2 semua. Hatta kalu dlm halaqat pun, saya mesti nak share sirah ni selain kisah Tariq bin Ziyad. Kisah ni mula2 saya dgr masa induksi markhalah khassah MATRI pd tahun 2003 yg disampaikan oleh cikgu azmi bahari. Kisah Rib'i bin 'Amir ini sgt saya suka krn tertarik dgn kata2 nye yg pd waktu itu amat tersentuh di hati saya.

"ji'na linukhri jal 'ibad, min 'ibadatil 'ibad ila 'ibadati Rabbil 'ibad"

Al-KISAHNYA:-

Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslimin pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu dengan tentara Parsi pimpinan Rustam, Sa’ad terlebih da-hulu mengirim utusan kepada Rustam beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rib’i bin ‘Amir Ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu.

[Nota: Peperangan Al-Qadisiyah terjadi pada masa kekhalifahan ‘Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu. Ketika dua pasukan saling berhadapan, maka Rustam mengirim seo-rang pasukannya kepada Sa’ad dan meminta mengirim padanya seorang pegawai untuk diajak berdialog. Maka Sa’ad segera mengutus Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu. Namun mereka menolak tawarannya. Maka diutuslah Rib’i bin ’Amir. Setelah Rib’i, mereka kembali meminta satu utusan kaum Muslimin untuk datang, dan Sa’ad mengutus Huzaifah bin Mihshan.]

Maka Rib’i yang pada ketika itu masih berusia tiga puluhan tahun pun segera masuk me-nemui Rustam, penjahat dan panglima perang bangsa Parsi tersebut. Pegawai-pegawai Rustam telah menghiasi pertemuan itu dengan bantal-bantal yang disulam dengan benang emas serta permaidani-permaidani yang diperbuat dari sutera. Mereka memper-tontonkan kepadanya pelbagai macam perhiasan berupa yaqut, permata-permata yang mahal dan perhiasan lain yang menyilaukan mata, sementara Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas ranjang yang diperbuat dari emas.

Ini berbeza sekali keadaannya dengan Rib’i. Beliau masuk dengan hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai, dan kuda yang pendek. Rib’i masih tetap di atas kudanya sehingga kuda tersebut memijak hujung permaidani. Kemudian be-liau turun serta mengikatkan kuda tersebut di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Setelah itu beliau langsung masuk dengan senjata, baju besi dan penutup kepalanya.

Mereka berkata, “Letakkan senjatamu!”. Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat men-datangi kalian tetapi kalianlah yang mengundangku datang kemari. Jika kalian memerlu-kanku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika tidak kalian izinkan, maka aku akan segera kembali.”


Rustam yang merupakan pemimpin Parsi itu berkata, “Biarkan dia masuk.”

Maka Rib’i datang sambil bertongkat dengan tombaknya dalam keadaan posisi hujung tombak ke bawah sehingga bantal-bantal yang dilewatinya penuh dengan lubang-lubang bekas tombaknya.

Sebahagian riwayat menyatakan ketika Rustam melihat kuda Rib’i yang sangat kurus, pakaiannya yang compang-camping dan tombaknya yang tumpul, Rustam mentertawa-kannya dengan penuh ejekan dan berkata kepadanya; “Wahai Rib’i, kalian datang untuk membuka dunia ini dengan kuda yang kurus, tombak yang tumpul dan pakaian yg compang-camping ini?”

Maka dengan lantang Rib’i mengatakan sebuah perkataan bagaikan sambaran petir, bahkan lebih dahsyat daripada sambaran petir. Rib’i berkata (bersamalah kita perhatikan baik-baik dan hayati sungguh-sungguh kata-kata ini):


الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله

“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezhaliman agama-agama kepada keadi-lan Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agamaNya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan (menerimanya), kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Al-lah.”



Mereka bertanya, “Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?”

Beliau menjawab; “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”

Rustam pun berkata; “Sungguh aku telah mendengar perkataan-perkataan kalian. Tetapi mahukah kalian memberi tangguh perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kalian pun mempertimbangkannya?”


Beliau menjawab; “Ya, berapa lama waktu yang kalian sukai? Sehari atau dua hari?”

Rustam menjawab; “Tidak, tetapi hingga kami menulis surat kepada para pegawai tinggi kami dan para pemimpin kaum kami.”

Maka beliau pun menjawab; “Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan apabila telah bertemu musuh lebih dari tiga (hari). Maka per-timbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah satu dari tiga pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.”


Rustam bertanya; “Apakah kamu pemimpin mereka?”

Beliau menjawab; “Tidak, tetapi kaum Muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah dari mereka dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”

AKHIRNYA:-

**Rustam berkata kpd dirinya bahwa sesngguhnya tentera Islam yang biasa sahaja yang bukan dari pangkat panglima bahkan berpangkat prebet semata-mata, mampu bercakap sedemikian rupa. Seorang yang berani & takutkan Tuhannya. Jikalau begini lah tentera bawahannya, bahkan tentulah lagi hebat Pemimpinnya.

**Diriwayatkan, Rustam akhirnya menyerah kalah kepada kepimpinan ketenteraan Islam pada ketika itu.

Rujukan bersama: Ayahanda Rosdi Baharom

Monday, June 16, 2008

Aku Kini Walang


Minggu lepas dlm 13-15jun, saya start balik baca novel. setelah 3-4tahun saya x baca. sebenarnyer saya stop bc novel2 melayu ni sejak di matrik uia PJ tahun 2003 dulu.. tapi mggu lps novel melayu saya baca semula.. karya ramlee awang mursyid dan faisal tehrani. itu pun sbb novel2 2 penulis ini lebih kpd kejiwaan dan sejarah..

tetibe hati saya jadi gelisah..galau yg semcam. rasa yg "aku kena bc byk lagi buku2". itu perkara 1st yg dtg dlm kepala otak saya lepas abis baca UNGU KARMILA karya ramlee awg mursyid. perasaan ni dtg sbb saya sungguh2 rasa saya dh lama tinggalkan buku-buku hatta buku fikrah sekalipun..

saya rasa saya lah org yg rugi sbb khazanah buku yg byk telah sy tinggalkan hanya krn saya telah berjanji ngn diri sejak di matrik dulu,

"aku xnak baca novel melayu dah- ia membazirkan masa aku, aku pun xsempat nk baca".

dan sesgghnyer ngn ikrar itu bukan setakat novel shj, sgala jenis buku kot yg saya tinggalkan. yg saya agak tebalnyer lebih 1.5cm, saya xkan baca. melainkan buku2 pelajaran, komik2 jepun saya & buku2 terpilih yg mendapat ilham utk saya baca.

Ya Allah, sggh saya merasakan kerugian itu. Insya-Allah saya akan start membaca semula buku yg melebihi 1.5cm ketebalannya. sebenarnyer buku novel Islamik yg popular kini pun xpernah saya dalami lagi, hanya sentuh kulit. Buku2 karya k.fatimah syarha & Habiburahman El-Shirazy pun belum saya hazam. "Tautan Hati", "Ketika Cinta Bertasbih" & sebagainya..semua saya xbaca lagi wlupun puluhan sahabat mengatakan novel2 ni sedap & membakar jiwa.

Insya-Allah akan saya dalami, hayati dan teruskan bacaan.

ni satu lagi buku yg baru jgk saya habisi mggu lepas. alhamdulillah plot cerita yg menarik.

Insya-Allah buku ni plak dalam proses..cover yang menarik hati, sejuk mata memandang..