Thursday, May 29, 2008

Perantau Pulang

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://www.ummitariq.blogspot.com/

Bersempena dengan Sambutan 2 DEKAD MATRI yang lepas, yakni 24-25 MEI 2008, pelbagai program yang dijalankan. 2 Dekad Matri ini pada am nya merupakan hari kecemerlangan sekolah. Tetapi pada dasarnya adalah 1 platform penghimpunan semula 'hati-hati' untuk penerusan wasilah dan amanah-amanah penting dari generasi atas ke anak-anak dan seluruhnya am nya.

Di bawah antara capture yg sempat dirakam:

View keseluruhan gerai EKSPO MATRI 2008 dari atas bangunan baru akademik.


Demo kebakaran dari pihak bomba Perlis + kerjasama bersama anak-anak Matri dari Kadet Bomba..


Sempat lagi wat mini-alumni bersama sahibah GEN [???].. SPM 2002. 13 org attend. Ya Allah kekalkan ukhwah kami..


Lagi ramai2 bergmbr bersama pokok betik tercinta. POINT!!! me with the green dress


Dinner Infaq Tabung Pembangunan Matri di Institut Perguruan Perlis (IPPs).. that's the VIP's table.. u see ustaz Dahlan there??


Saff majmu'ah Helwa UIAM Gombak..didatangkan khas + mendatangkan diri ke ekspo matri.


berbelakangkan bangunan baru akademik matri


murabbi di dlm saff jemaah..menanti detik dipanggil tugasan


perpisahan itu pasti dlm mencari redha Ilahi

Special Tree

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://ummitariq.blogspot.com/
Sumber: IGP Consultant - Photo Collection

Pokok unik. Unik kerana didekorasikan semula oleh manusia. Dijumpai dalam site visit untuk Kajian Rancangan Tempatan Daerah Jasin...mmm i looking for the creation of tree or the vehicles plats???

Photographer by: En. Mazaziman IGP Consulting, Wangsa Melawati (ampuun!!!)

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Alhamdulillah lahirnya laman blog ini setelah lama hajat-hajat penulisan dipendam. Ia bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri, menunjuk-nunjuk atau syok sendiri dengan setitik ilmu yang dimiliki. Ia tidak lebih dari sekadar perkongsian rasa hati.

Penulis blog merupakan seorang muslimah yang sedang menitik dewasa. Mendapat fikrah Islam titipan dari generasi atas yang tegar dlm menyampaikan penerusan D&T untuk dinikmati oleh segenap manusia khususnya di bumi Malaysia ini. Malahan penulis masih terus mencari keistimewaan D&T untuk dirasai & dinikmatinya sendiri. Terus ingin bersama-sama sekumpulan manusia yang bisa menegur tatasilap, gerak-nakal dan keterlanjuran akhlaknya.

Bagi penulis, masa emas membesar di persekitaran ‘SEKOLAH ITU’ sejak kecik merupakan 1 bonus istimewa. Tetapi untuk mempertahankannya sesekali terasa begitu sukar ngn nafsu remaja yang selalu mendesak & alasan-alasan duniawi yang direkakan yang bertunjangkan nafsu taghutnya sendiri. Kadangkala juga rasa jemu dan ‘safe zone’ yang seringkali jgk dtg menjengahnya krn terlalu biasa dengan persekitaran ‘SEKOLAH ITU’.

Harapan penulis hanya 1, hasil taipan tangan, buah fikiran dan rasa-rasa hati penulis dpt disampaikan utk dibetulkan oleh sahabat-sahibahnya yang lain. Untuk sama-sama mengambil manfaat & sama-sama merasai indahnya Islam dan perjuangan ‘SEKOLAH ITU’.

GLOSARI:
-fikrah Islam = kefahaman Islam
-D&T = dakwah dan tarbiyah (tugas sebagai khalifah Allah di bumi..kan??)
-uzlah = yakni muhasabah / menilai semula kesilapan diri.
-taghut = kejahatan yang berasal dari nafsu manusia sendiri mahupun bisikan syaitan.
-SEKOLAH ITU = merujuk kpd sekolah menengah saya dahulu.