Tuesday, August 19, 2008

REVOLUSI KETIGA: AHMADINEJAD

By: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com/
Source: Ahmadinejad; Singa Baru Dunia Islam

“Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasainya dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?”

Ahmadinejad merupakan Presiden Iran baru, pemimpin Islam yang kini digeruni dan hangat diperkatakan di arena antarabangsa. Terkenal dengan kesungguhannya mempertahankan teknologi nuklear Iran. Mahmoud Ahmadinejad yang sebelum menjadi Presiden hanya lah anak kepada seorang tukang besi. Rumah yang terletak di suatu jalan mati di Bandar Tehran, dan merupakan doktor ilmu pengankutan adalah seorang yang sangat sederhana dan warak.

Presiden Iran ini datang dari kedudukan keluarga yang sederhana dengan ayah dan emak yang menyokong kuat Revolusi Islam Iran 1979 oleh Ayatollah Khomeini. Ahmahdinejad sendiri mempunyai pemikiran revolusioner yang menyokong kebangkitan Islam yang didokongi oleh Imam Khomeini, yang menentang pembangunan moden melampau oleh Shah Pahlevi.

Apa yang dikagumi oleh dunia Islam sekarang khususnya, kerana dia adalah presiden negara Islam yang bebas dari rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit, mengamalkan ajaran Islam dengan baik, malahan merupakan seorang yang soleh dan amat menjaga pergaulan. Ahmadinejad juga mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara, bangsa dan ideologinya sehingga dia todak pernah panik menangani ancaman asing.

Detik 24 Jun 2005, mengubah scenario kancah politik dunia Iran. Iran menyaksikan kenaikan seorang Presiden yang benar-benar ingin memartabatkan kedudukan dan kepentingan bangsanya. Dia menjadi tumpuan dunia khususnya mendapat tempat di media-media Amerika kerana beberapa pernyataannya yang lantang:

1. Mempertikaikan Isu Holocaust

Ahmadinejad mencadangkan supaya Israel “Dihapuskan dari peta dunia”. Dia berfikir dengan logik yang sederhana dengan mengambil keputusan kembali ke peta dunia sebelum tahun 1948. Sebelum negara baru dengan penduduk baru bergelar Israel itu muncul.

Peristiwa Holocaust yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai 6 juta bangsa Yahudi oleh rejim Nazi di bawah pimpinan Hitler di Jerman diakui oleh bangsa Eropah, dan tiada ada negara yang tidak boleh menidakkan peristiwa ini pernah berlaku. Pada masa yang sama merupakan satu pengakuan bangsa Eropah terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bangsa Eropah.

Dia menyatakan peristiwa Holocaust yang berasal dari akhir 1800-an sehingga rentetan Perang Dunia I (1914 – 1918) seterusnya kepada Perang Dunia II semuanya merupakan kesalahan bangsa Eropah yang meletakkan kesalahan mereka untuk ditanggung oleh masyarakat yang jauh di Timur Tengah bagi kejadian yang tidak mereka lakukan.

“Negara-negara Eropah perlu menggantikan kesalahan mereka kepada kaum Yahudi dengan mengembalikan tanah mereka bagi mendirikan negara Yahudi di Eropah (Jerman, Austria atau negara-negara lain), Amerika Syarikat, Kanada ataupun Alaska berbanding bangsa PAlestin yang tidak berdosa yang harus membayar kejahatan ini”.

Ahmadinejad menegaskan, “Holocaust yang sebenarnya pasti ditemui di palestin, tempat darah bangsa tertindas ditumpahkan setiap hari dan di Iraq, tempat kaum Muslimin yang tidak berdaya dibunuh setiap hari”.


2. Isu teknologi nuklear Iran

Pertengahan September 2005, di tingkat 38 ibu pejabat PBB, terjadi pertemuan diplomatik yang sama sekali tidak diplomatic. Seramai lima orang rombongan pembantu dan penterjemah dari Iran yang disertai oleh Presiden baru Iran; Mahmoud Ahmadinejad sedang mengadakan mesyuarat yang menegangkan.

Dengan nada lembut tetapi tegas, beliau sama sekali tidak menyembunyikan maksudnya kepada lawan bicaranya.

“Jangan berani mengancam kami dengan pelbagai bentuk hukuman ataupun anda akan menyesalinya,” kata Ahmadinejad setelah para menteri luar Inggeris menegaskan Iran tidak boleh meneruskan pengembangan teknologi nuklear nya dan perlu mengikut kehendak Amerika.

Ahmadinejad menegaskan: “Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasainya dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?”

Para pemerhati dan pegawai yang hadir dalam pertemuan itu menegaskan:

“Tidak ada yang percaya dengan apa sahaja ynag baru terjadi. Semua peraturan yang kita gunakan selama ini dihapuskan. Beliau (Ahmadinejad) tidak bercakap dengan bahasa kita…”

Revolusi yang dilakukan oleh Mahmoud Ahmadinejad menuju kepada pendekatan dunai yang selamat tanpa gangguan dan campur-tangan Amerika yang kononnya sebagai polis dunia.

Ahmadinejad menentang kewujudn Zionis dan mereka perlu dihapuskan segera bagi menyelamatkan darah-darah saudara seIslam di seluruh dunia.

Dia ingin membawa Iran kepada pembangunan yang hakiki yang menekan semua aspek insane yang seimbang dengan pendekatan Deen di dalam seluruh asapek kehidupan manusia.

Segala tindakan Ahmadinejad dilakukan dengan berani dan lantang. Dia menyakini dari aspek keselamatan Iran, Iran adalah mampu menangani Amerika sekiranya Amerika mengancam keselamatan Iran. Ahmadinejad yakin dan menegaskan Amerika tidak akan mungkin melakukan apa-apa tindakan drastic ke atas Iran kerana “ Amerika lebih memerlukan Iran, dari Iran memerlukan Amerika”.

Ini diyakininya dengan peranan Iran sebagai Negara Timur Tengah yang mengeluarkan minyak terbesar selepas Arab Saudi. Potensi ekonomi Iran yang tinggi di negara Timur Tengah serta kekuatan persenjataan dan ketenteraan Iran yang kini menyamai Amerika memungkinkan menggerunkan Amerika untuk mengancam Iran.

IKTIBAR: Mudahan-mudahan, makin ramai pemimpin dunia Islam tampil seperti beliau dalam menyelamatkan darah dan maruah Muslimin di seluruh dunia.

2 comments:

Fatimah Adi said...

mmm..ensem tak jejaka baru tim?? proud of him as Muslim..his actions suprised the worldly affair

perokoksoleh said...
This post has been removed by the author.