ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com
Bicara hari itu…
Kita bisa menamatkan sandiwara durja
Kita mampu menongkah kesumat di dada
Kononnya kita punya kreadibiliti
Punya matlamat dan identiti
Tapi hari ini…
Kita masih rakus menentang ideologi
Masih bongkak menegakkan kehebatan diri
Kononnya kita punya personaliti
Punya imej dan digniti
Masing-masing mahu difahami
Tapi tiada sekali mengerti
Untuk memahami…
Masing-masing ingin dipersetujui
Namun tak mahu menyapa
Erti dedikasi
Kita bukan insan yang agung berbicara
Tapi kata-kata itu…
Kadangkala disanjung kerna
Terbukti pada amalnya
Apakah kita masih beradu?
Masih melayari fantasi nafsu?
Mahligai Darul Ulum yang kita bina
Mendukung bahtera Islam yang kita cinta
Mutiara dipagar mata
Yang rindu pada ketulusan kasih setia
Insan-insan yang bergelar saudara
Yang merayu pada empunya jasad yang percaya
Bahawa kita bisa berjuang bersama
Nukilan;
Sahibah darul ulum
9 Jun 2001
Nukilan ini adalah hasil seorang sahibah Darul Ulum sedikit masa dulu. Kenangan yang terikat di antara sahibah-sahibah kelas sains 1st batch MATRI. Ia di-revealed-kan semula hari ini bukanlah bertujuan untuk mengungkit apa-apa, sekadar terdetik sedikit memori manis yang pernah wujud di antara kami.
Detik di zaman keanakan yang menginjak ke usia remaja. Bersama sahabat-sahabat kelas 1st sains matri yang sedikit masa dulu kami rasakan banyak membuli sahibah-sahibah yg hanya 9 kerat cuma. pernah menyebabkan guru-guru sains dalam dilemma utk merungkaikan kemelut perbalahan ‘keanakan’ di kalangan sahabat & sahibah kelas sains ini.
Mendapat perhatian sekolah, guru-guru & sedikit tumpuan dari adik-adik matri ketika itu..
Namun, kini hampir setengah dekad berlalu, Alhamdulillah mula menampakkan hasilnya. kumpulan perintis itu melahirkan bakal-bakal doktor, arkitek, pendidik jurusan kimia & biologi, jurutera-jurutera, ahli ekonomi malahan bakal ustaz dan akademik & tak ketinggalan jua ahli-ahli kesihatan dalam bidang kepakaran masing-masing.
Di tengah-tengah kemelut, terbina jua masjid indah di kalangan perintis ini. Ada jua yang berkira-kira & telah mengikat janji.
Secebis harapan cuma, jiwa-jiwa perintis ini terus subur di hatinya dengan gemerlapan cahaya iman, terus mendukung bahtera islam yang kita cinta & mencorak cahaya keimanan di bumi tempatnya berpijak.

Ku doakan kalian sentiasa dalam Rahmah-Nya di mana jua kalian berada:
1. Ali Irfan Jamaludin
2. Ali Ilman Abdullah Sudin
3. Ali Zainal Abidin Nordin
4. Ahmad Shamil Abdul Akif
5. Amru Irfan Mustapa Kamil
6. Aqil Ahmad Yusuf
7. Ismail Najmuddin Abd. Hadi
8. Mohd. Fadhli Md. Diah
9. Mohd. Hafizuddin Mohd Shukri
10. Mohd. Hanif Amran
11. Mohd. Ikram Rosdi
12. Mohd. Yusuf Subhi Ibrahim
13. Muhd. Nu’man Yusuf
14. Muhd. Nu’iam Ishak
15. Mohd. Wakeel Mohd. Nor
16. Mursyidul Alam Huzaidi
17. Fatimah Misran
18. Fatimah Mohamad Adi
19. Fatimah Mohamed Badri
20. Maryam Jamilah Abral
21. Nik Nadiah Nik Ramli
22. Nurul ‘Izzah Rosli
23. Nusaibah Wahidah Md. Yamin
24. Siti Syuhadah Mohd Kamal
25. Subhiyah Mohd Khir

1 comments:
emmm..mael ngn adah dah selamat. comin soon?? wonder who?? aheee
Post a Comment