ummi_tariq@yahoo.com
www.ummitariq.blogspot.com/
Minggu 1st Julai, 2 hari before enter new semester UIA, ada ihtifal (hari terbuka a.k.a hari kantin) Sekolah Rendah Ibnu Kathir, Kampung Changkat. Program ni diadakan di Dewan MPS Taman Gombak. Program ni untuk meraikan kecemerlangan anak-anak didiknya yang berjaya ke peringkat lebih tinggi. Ia juga untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan bangunan tambahan sekolah.
Alhamdulillah, ada team Medical dari sahabat-sahibah Medic kita & team Hospital Barakah. Meriah dengan kehadiran adik-adik dari Sek.Men Ibnu Khaldun, persembahan dari adik-adik Ibnu Kaathir & forum yang dihadiri oleh tiga orang ahli panel; Y.B Dato’ Dr. Hassan Mohamad Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor), Dr. Azizan Ahmad (Setiausaha Agung HALUAN Malaysia) & Dr. Ugi Suharto (Ass. Professor Kuliyyah of Economics, UIAM). Tajuk forum yang berkisar mengenai “Halatuju Pendidikan Islam di Malaysia; Peluang & Cabaran” berjaya mengupas persoalan kegelisahan ibubapa terhadap pendidikan & pembesaran anak-anak di zaman mencabar sekarang.
Di bawah adalah sekitar gambar hari Ihtifal Ibnu Kaathir:










0 comments:
Post a Comment