Monday, June 23, 2008

Salahkah wanita kalu x pandai masak??

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
Sumber: www.iluvislam.com/forum

Assalamualaikum, ni artikel yg saya rasa best utk sesama dikongsikan utk semua pembaca. Fikir-fikir kan laa ye..mmm??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab:

"tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal".


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

MMM SO APA PANDANGAN KWN2 SMUA??

kalu saya pun mmg rasa cmgitu. antara syarat pun mmg ada:
1. leh jadik imam dlm keluarga
2. dtg dari yang sekufu fikrah & agamanya
3. dan ******** xpikir lagi

Rujukan: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1059

6 comments:

Anonymous said...

Setuju Tim... Kita selalu meletakkan beban ke atas orang lain dan bukan pada diri kita..Cermin la diri sendiri dulu..kan?..kan?..

Humayra' said...

akk buat ana terfikir...
dlm masyarakat skarang, mmg neraca Islam tu dipandang rendah, bukan lagi at the top of the list.

syarat utk prempuan kahwin, masak. walhal utk mendidik anak2 tu.. pttnye Iman die yg dinilai dulu. mmg mungkin masak penting, tapi kalau xpandai pun, berbekalkan iman, iAllah perempuan tu akan willing to learn.

lelaki pun... perempuan2 biasa hanya mengharapkan yg berharta, ada muka, dah kerja, etc. sedangak neraca nilaian utama, Islam tu dipandang enteng. mungkin ada la dlm senarai syarat suami, tapi ntah la di ranking ke berapa.

humayra: sedih tgk masyarakat yg makin tenat dan leka dgn dunia..

fatimah adi said...

mmm..TQ humayra 4 ur comments.
ntah arr nak kata apa.
syarat dlm Islam ada 4 jer kan??
rupa paras, keturunan, harta & agama nya..

mgkin dr segi msyrakat memandang pndai nyer masak tu sbgi 1 syrat asas kebahgiaan r/tgga kot!!

i don't know since i too still not married yet!!

cuma leh kata, asas2 + syaray2 tu kita manusia yg letak.. leh dipinda-pinda dan di manipulasikan kan??

Anonymous said...

cuba tengok atas note seringgit tu.. muka lelaki kan?.. so dalam dunia ni lelaki lah yang paling berkuasa.. sama seperti duit yang sangat berpengaruh sekarg ni.. hee..hee...
deskriminasi dunia...






**aku lelaki yang rasa bersalah dan malu pada wanita.. atas tanggungjawab dan kewajipan yang tak tertunai.....

Anonymous said...

haha.. rase kelakar lak..tengah marah ke mase tulis tu.. pepe pon.. banyak manfaatnya.. dua2 kene blaja.. kadang2.. rase cam laki kena tahu jadi imam lbh penting.. mmg ler.. kalu isteri tak pandai masak.. kureng la sket.. tp bab solat ni penting.. tiang agama..

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

Syarat ketiga tu ana tau...

3. dan ******** xpikir lagi

jawapan : P******i

-->>Ermm..untuk mereka yang belum kahwin dan baru dalam proses mmg ade betulnya..

Tapi bagi yang dah berumahtangga..pihak muslimat seharusnya lebih rasional dalam membuat keputusan sekiranya si suami berhajat utk mengembangluasakan empayar zuriat..

Lagi2 sekiranya si suami tu mmpu..tiada alasan sepatutnya diberi oleh si isteri utk menolak..

lagi2 suami tu org yang soleh, dgn matlamat kahwin lain utk menyelamatkan muslimah2

Dunia ari nih ramai perempuan dari lelaki..jadi sekiranya yang bertitlekan"muslimah" nih tak disatukan dgn mereka yang berfikrah..maka jalan2 dakwah tu tak akan berkembang..

Betul tak????