Sunday, June 22, 2008

Kenangan Terindah

Oleh: Ummitariq
ummi_tariq@yahoo.com
http://www.ummitariq.blogspot.com/

Meniti usia-usia kehidupan anugerah Allah menyingkap jutaan detik bernilai dalam hidup seorang insan. Sama ada menjadi pemerhati mahupun mengalaminya sendiri. Kita membesar indah dalam taman larangan ayahanda dan bonda, seawal pandai mengulum jari sehingga berlari getik. Menyelusuri zaman kanak-kanak, menjengah awal remaja, malah kini menuju awal dewasa. Sentiasa menjadi karangan jantung ayahanda dan buah hati penyejuk mata bonda. Lagi indah dididik dengan resepi-resepi suci ajaran Ilahi.

Satu demi satu kejayaan ditempah, perlahan-lahan melerai juntaian masalah, dalam lipatan hikmah teragung Ilahi. Selangkah demi selangkah mengumpul kenangan-kenangan terindah demi sebuah rahsia kehidupan.

Bergembiralah buat mereka yang berjaya mengharungi kesusahan. Buat merangkul ijazah kemenangan Tuhan. Sungguh, kita masih di permulaan. Perjalanan yang Hakiki masih jauh ke hadapan. Bergantung dan berharaplah hanya pada Rahmah-Nya.

Salam sayang buat akak-akak yang dirindui :

-Mashitah Aminah Turahim
-Siti Fatimahtul Husna
-Hasanah Ahmad Bahari
-Zunairah Megat Saidi
-Shakirah Uzir
-Nazihah Jaafar
-Qamariah Jusoh
-Azah Suhana
-Saidatul Akmam
-Khairunnisa
-Azhani Azmi
-Nabilah MEDIK

Ucapan selamat buat mereka yang mengikat ikrar menyempurnakan Agamanya. Bersama-sama untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka yang berusaha membina generasi ummah. Mendamaikan kehidupan duniawi dengan Rahmah Allah. Didoakan dgn selawat penduduk langit. Menuju Baitul Muslim, Baitul Dak’wah, Baitul Jannah.

Doa selawat & bahagia ku tujukan buat “Puan-puan” :

-Arofah Zaharah Vithiah Punusamy & Suami
-Nusaibah Wahidah Md. Yamin & Suami
-Siti Rahmadiah Mohd Nasir & Suami
-Siti Salmi Jusoh & Suami
-Shakirah Uzir & Suami

Tahniah buat wanita pejuang keturunan Adam. Mengeluarkan benih suci dari rahim ibu yang mulia. Mengasuh rijal-rijal agama buat ummah. Gelaran ummi disandang dengan cucuran syukur untuk-Nya & doa buat permata hatinya. Hanya Allah tempat pulangannya segala Nikmat-Nya.

Ummi-ku sayang :

-Ummul Habibah Mohd Nasir
-Azzah Salimi Mohd Nasir
-Wan Dalila Wan Chik
-Mariyah Ishak
-Amirah Mohd Zain
-dan Hasanat

Yang kian berdebar menghitung detik & bergelar ummi :

-Nor Deena Yacob

Salam perkenalan buat buah hati manis, masa mu membesar kuat rijal-rijal saghir-ku:

-Amru Al-Aas B. Ahmad Yusri
-Ahmad Mukhlis Al-Husaini B. Ahmad Yusri
-‘Ammar Yaasir B. Hafiz Anuar
-Saffiyyah Maisarah Bt. Muhammad Fakhrur Razi
-Umar Fatih B. Muhd Ridha
-‘Abdullah Amin B. Nur Muhammad
-Balqis Nafisa

Mereka yang masih perawan, bersabarlah menunggu giliranmu. Yakinlah dengan janji Allah ke atas mu. Mekarlah di dalam Taman Islami. Engkau-lah kuntum-kuntum indah di taman larangan. Moga harumannya mampu menyerakkan bumi.

~Buat semua sahibah yang tersayang dan amat ku kasihi, jazakillah khair atas keprihatinan dan kesetiaan dalam sama-sama mengharungi kehidupan remaja ku. Moga kalian dirahmati Allah di mana jua kalian berada. Doakan moga kita dibangkitkan bersama di Negeri Abadi. Janji Allah itu pasti bagi pemuda-pemudi yang berkasih-sayang semata-mata hanya kerana-Nya.~

~Uhibbukum jiddan lillahi~

3 comments:

maryah said...

so sweet....
sweet sgt2...

sinar_islami said...

Alhamdulillah semuanya berita yang mengembirakan..tidak ana tahu..
hu2 ketinggalan jugak rupanya ana ni ^-^

Safi ArRahman said...

im going to treasure all the sweet memories that i had wif u guys.